Popular Posts

Thursday, 1 October 2015

JANGAN PERGI LANGKAWI!

JANGAN PERGI LANGKAWI!

Serius! Jangan pergi langkawi sekejap, nanti tak puas..haha. Cuti sekolah raya haji aritu, kitorang buat rombongan cik nah seramai 21org temasuk dewasa dan kanak² ke Pulau Langkawi selama 3h2m.
Ni rough iti yg diplankan oleh pemandu pelancong xbertauliah cik rico
πŸ“†(20/9) ahad
pagi
betolak dari jeti kuala perlis

⛅tgh hari
check in homestay
bergerak ke kuah (shopping)
-makam mahsuri
-beras terbakar
-kilang gamat

petang
mandi air terjun temurun

🌜malam
makan, tido

πŸ“†(21/9) isnin
pagi
Island hopping ke 3 pulau ..
1.pulau beras basah (mandi laut)
2.pulau singa (tengok helang)
3.pulau dayang bunting (daki bukit ke tasik)

⛅tgh hari
mangrove tour
-Fish farm
-Eagle watching
-Bat cave
-Crocodile cave
-Mangrove sightseeing
-Mud skeeper..

malam
makan seafood di Pantai Chenang

πŸ“†(22/9) selasa
pagi
cable car
oriental village
mandi air terjun Telaga Tujuh

⛅tgh hari
haji ismail grup
-shoping
-pinggan mangkuk
-cekelat

petang
pulang ke jeti

πŸ“†(23/9) rabu
persiapan raya haji

Alhamdulillah perjalanan penuh cinta dan kenangan ni telah sama² dinikmati setiap ahli keluarga..

kalau pergi Langkawi musim² cuti sekolah mmg price akan double, tapi Alhamdulillah untuk trip 21 org ni, kami dapat harga yg sangat berbaloi dan murah.. kos secara kasar


🐧
 homestay + Nissan Urvan 15 seater(3h2m):rm700
🐧 island hoping : rm 500/2 biji bot
🐧 mangrove tour :rm 340/2 biji bot
🐧 feri return tix from kuala perlis
🐧 cable car tix : rm20 dewasa rm15 kanak²

Pebelanjaan keseluruhan memang sangat murah berbanding harga biasa. tuan homestay pon sangat baik dan tolong kautimkan pakej² murah ni. Dia siap bawak kami p tempat² menarik dgn sukarelanya. Nak no contact boleh pm πŸ’

Jadi kalau ada kelapangan dan nak menikmati family time bsama tersayang, Pulau Langkawi is one of must-go-list destination. yeyy!

Thursday, 3 September 2015

FAMILY TRAVEL KE PENANG

Assalamualaikumwarahamatullahiwabarokatuh wamaghfiratu waridhwanu..
Alhamdulillah pada bulan June yang lalu, kami sekeluarga telah bercuti bersama di Pulau Pinang. Saya sebagai anak sulong yg berkaliber bertanggungjawab untuk uruskan dari planner, accomodation sampai ke tourist guide tak bertauliah. Memandangkan trip ni secara bekeluarga, kenalah consider macam². Kitorang jalan² Penang seramai 4 family dan temasuklah atok yg sudah pon mencecah 73 tahun. Jadi tak bolehlah nak redah ala2 backpackers. Ok, planning asal dan itinerary yang  berjaya di siapkan utk family travel ke Penang telah dipersetujui seperti yang di bawah ni.

7 jun 2015 (ahad)
☀ Pagi
Bergerak ke penang
Georgetown
-fort cornwill
-muzium 3D + street art
-makan mee sotong + coconut shake padang kota lama
-solat masjid kapitan keling
⛅ tengah hari
Bergerak ke Batu Feringgi
-Butterfly park
☁Petang
Check in Senja Motel
-mandi pantai
-rilex dan besembang
Malam
Bergerak ke gurney drive walker makan passemboq!
Tido

8 jun 2015 (isnin)
☀Pagi
Bergerak ke Bukit bendera
⛅ Tengah hari
Makan nasik kandaq
☁Petang
Mandi taman belia
Bergerak pulang
Percutian selama 2hari satu malam membawa seribu satu kenangan dan satu garisan memori yang bersimpan. Jom zoom2 pic yg ada..

Thursday, 25 June 2015

6 sebab memilih Langkawi Tourism Academy@KK Langkawi

Hi! Assalamualaikum warhmatullahi wabarakatuh wa maghfiratu wa ridhwanu..

Bagi pelajar lepasan SPM yang masih tercari cari tempat menyambung pelajaran, masih belum dapat membuat keputusan yang pasti, anda mungkin boleh consider untuk melanjutkan pelajaran ke Kolej Komuniti. Kolej Komuniti ni menawarkan konsep pelajaran more to practical. Kat kolej ni korang boleh lah menyambung ke peringkat sijil atau pon diploma.

Al kisahnye, adik lelaki saya telah mendapat tempat di Kolej Komuniti Langkawi atau pon dikenali sebagai Langkawi Tourism Academy dalam bidang sijil certificate in culinary arts joint certificate with taylor's university (CCA) selama 16 bulan. 1 Julai nanti akan mendaftar. So, kami akan pegi mendaftar by Air Asia. Dapat promo price one-way RM49 sahaja. Jimat sangat lah bebanding driving dari rumah atau naik bas. Cepat pon cepat. Fuh..

Bagi mereka mereka yang minat sangat kulinari ni, bolehlah mengintai peluang kat sini. Kat bawah ni adalah antara sebab kenapa saya memilih LTA ni.

1) Jauh dari rumah. 

Memandangkan adik dah besar, so kita hantarlah dia jauh jauh sikit supaye terbinalah ciri ciri independent dalam diri dia ni. Bak kate orang, pengalaman mematangkan. So bagilah dia chance nak rasa jauh dari family dan strive to survive at new place kan. Biar kenal erti hidup sikit.

2) 10 minit dari Langkawi International Airport

Lokasi LTA ni kalau korang tak percaya, boleh lah google map, tak jauh dari airport. Jadi senanglah nak balik rumah atau nak travel ke mana mana. Air Asia pulak selalu buat promo seat jadi tak de masalah la untuk dia balik rumah. Ala, sejam je dah sampai KLIA2. Kite nak pegi melawat pon senang. Naik flight je. Kalau naik kereta or bus dah la lama perjalanan, penat pulak, kos minyak + tol lagi, tu belum masuk tiket ferry lagi. Hmm. Jadi, turun je flight, pick up taxi terus ke LTA. Kan senang.

Pulau Pinang dari atas flight



3) The tourism attraction island

Nama pun Pulau Langkawi kan? Ha, bolehlah adik enjoy 16 bulan kat sini explore setiap inci tanah kat pulau ni, Macam macam tempat menarik, pelbagai aktiviti yang ade mesti akan buat dia tak bosan atau tak keruan study. Haha. Ala-ala belajar sambil melancong. Belum masuk bab shoping tuu. Oversea sangat!

Pinggan mangkuk murah tanpa cukai, belum masuk gambar cokelats agi ni..haha

Pohon nyiur di persisir Pantai Chenang

Cik helang batu at Dataran Lang


4) Dapat dua sijil

Seperti nama kos yang di nyatakan kat atas, adik saya dapat program sijil Culinary Art Joint Certificate With Taylor's University (CCA). Maknanya, lepas je habis pengajian dan practical, dia kan dianugerahkan dengan dua sijil. Satu Sijil Kolej Komuniti (SKK) dan satu lagi sijil daripada Taylor's university. So, advantage lah kalau amek sijil kulinari kat LTA ni berbanding Kolej Komuniti lain. LTA ni satu satunya kolej komuniti yang menawarkan sijil ni dan hanya beberape Kolej Komuniti je yang menawarkan Sijil Kulinari.

5) Yuran murah!

Yup! yuran kolej komuniti memang sedie maklum lah, murah teramat berbanding kolej swasta. Alhamdulillah dalam family takde yang amik ptptn atau pinjaman untuk belajar. Kolej swasta ni mahalnye Allah yang tau. Satu sem/rm4000 bandingkan dengan kolej komuniti rm200 sahaje, Huhu, kalau boleh elakkanlah berhutang ye. Biarlah kite belajar ni tanpa hutang. Nati lepas kerja nak kena hutang lagi, beli kereta, beli rumah. Serabut hutang sani sini. Yang paling penting, bukan saje murah, elaun pon ada, RM300 setiap bulan. So total akan dapat rm4800. Elaun ni lagi banyak dari giat mara atau matrik di Kolej Mara. Marilah kita berhuhu...

6) Ada Asrama!

Untuk pengetahuan korang, kolej komuniti tidak menyediakan perkhidmatan asrama. Tapi, ada beberapa kolej komuniti yang sediakn asrama antarenye,  KK Gerik, KK Paya Besar, KK Rompin, KK Jelebu, KK Segamat 2, dan....Langkawi Tourism Academy!

Kemudahan asrama yang osem dan selesa

Gambar gambar ni semua update lepas balik mendaftar aritu.. memang teruja sangat adik saya sorang ni. moga moga berjaya mencapai cita-cita dan menjadi orang berguna. Insyallah. Amin :)


Slogan Kolej Komuniti: Tidak kisah di mana anda bermula, yang penting di mana anda berakhir!!

Thursday, 18 June 2015

7 Tempat menarik di Semenyih

Hai! Assalamualaikum wa rahmatullahi wa barokatuh wa maghfiratu wa ridhwanu...

Saje rajin nak share tempat-tempat yang boleh dilawati kat Semenyih @ Hulu Langat ni. Semenyih dahulu tidak di kenali namum sekarang semakin familiar di kalangan rakyat Malaysia. Selain kes helikopter terhempas di Semenyih, populariti Semenyih semakin melonjak dengan tempat-tempat menarik yang terdapat di sini.grin emoticon

1) Broga hill, untuk yang nak test power boleh la try broga, kalau semput kene banyak training lagilah kasi up stamina sebab bukit broga ni tak tinggi mane pon, nak tinggi lagi sambung panjat sampai Gunung Tok Wan (sini yang kes orang sesat).

Broga hill, pemandangan dari atas puncak


sini puncak terakhir broga, atas lagi masuk Gunung Tok Wan

Track hiking di atas bukit berbatu

2) Setia Eco hill, recration park yg baru bukak dekat setia eco park, kecik je tapi nice kalau nak duduk duduk, jogging dll. track dy keliling bukit kecik ala-ala dlm running man tuu. Kat atas ni ada tempat nk buat bar. Untuk penggemar workout dan kesadoan memang ngam lah.

Petunjuk arah

                                         
Setia eco hill yang berketinggian 92.1m dari aras laut, xtinggi pon tapi kat atas ni angin sejuk

Bergambar kat pokok batu ni

3) Semenyih Eco-venture recreation park, ni port baik punya untuk aktiviti extrim, team building, paintball, aktiviti air, family bersantai pon bole, ad macam macam. cuma location dia depan Nirvana memorial hill (nama mcm sedap tapi sabenarnye jirat cina).

boleh zoom zoom tengok kat website dia: http://www.semenyihecoventure.com/

4)Sungai Tekala, air terjun yang boleh tahan osem, lepas penat berpeluh belengaih turun broga boleh terjun sini sejukkan badan.

sungai tekala, rm1 per entry tapi tutup buat masa sekarang di sebabkan kes kencing tikus.

5) Sungai gabai, jalan straight lagi jumpa sg gabai ni. siap sedia nk mendaki tangga tinggi ya amat. ada port nak gelongsor atas batu!

Sungai Gabai, Port gelongsor ala-ala sunway lagoon setelah penat mendaki tangga


6) Semenyih Dam, kalau nk mancing area sini memang penuh port mancing. permandangan cantik dan menenangkan.

Semenyih Dam

Pemandangan yang cantik, mother nature gitu

7) Tasik semenyih, kt sini pon ada tasik port lepak-lepak, nak event birthday ke, bekelah ke, satu jalan dengan broga, dekat dengan golf club, kat sini jugak ada tempat kalau teringin nak try main golf rm10 utk 100 biji/pukulan (if im not mistaken, dah lupa)

Tasik semenyih, ok lah..not bad

banyak lagi tempat menarik kat kajang ni, tapi kat sini saya cerite yang dekat dengan semenyih, tak sampai setengah jam da boleh sampai tempat- tempat ni. yang lain-lain air terjun n kolam air panas banyak kat Hulu Langat.. Selamat datang!!