Popular Posts

Thursday, 25 June 2015

6 sebab memilih Langkawi Tourism Academy@KK Langkawi

Hi! Assalamualaikum warhmatullahi wabarakatuh wa maghfiratu wa ridhwanu..

Bagi pelajar lepasan SPM yang masih tercari cari tempat menyambung pelajaran, masih belum dapat membuat keputusan yang pasti, anda mungkin boleh consider untuk melanjutkan pelajaran ke Kolej Komuniti. Kolej Komuniti ni menawarkan konsep pelajaran more to practical. Kat kolej ni korang boleh lah menyambung ke peringkat sijil atau pon diploma.

Al kisahnye, adik lelaki saya telah mendapat tempat di Kolej Komuniti Langkawi atau pon dikenali sebagai Langkawi Tourism Academy dalam bidang sijil certificate in culinary arts joint certificate with taylor's university (CCA) selama 16 bulan. 1 Julai nanti akan mendaftar. So, kami akan pegi mendaftar by Air Asia. Dapat promo price one-way RM49 sahaja. Jimat sangat lah bebanding driving dari rumah atau naik bas. Cepat pon cepat. Fuh..

Bagi mereka mereka yang minat sangat kulinari ni, bolehlah mengintai peluang kat sini. Kat bawah ni adalah antara sebab kenapa saya memilih LTA ni.

1) Jauh dari rumah. 

Memandangkan adik dah besar, so kita hantarlah dia jauh jauh sikit supaye terbinalah ciri ciri independent dalam diri dia ni. Bak kate orang, pengalaman mematangkan. So bagilah dia chance nak rasa jauh dari family dan strive to survive at new place kan. Biar kenal erti hidup sikit.

2) 10 minit dari Langkawi International Airport

Lokasi LTA ni kalau korang tak percaya, boleh lah google map, tak jauh dari airport. Jadi senanglah nak balik rumah atau nak travel ke mana mana. Air Asia pulak selalu buat promo seat jadi tak de masalah la untuk dia balik rumah. Ala, sejam je dah sampai KLIA2. Kite nak pegi melawat pon senang. Naik flight je. Kalau naik kereta or bus dah la lama perjalanan, penat pulak, kos minyak + tol lagi, tu belum masuk tiket ferry lagi. Hmm. Jadi, turun je flight, pick up taxi terus ke LTA. Kan senang.

Pulau Pinang dari atas flight



3) The tourism attraction island

Nama pun Pulau Langkawi kan? Ha, bolehlah adik enjoy 16 bulan kat sini explore setiap inci tanah kat pulau ni, Macam macam tempat menarik, pelbagai aktiviti yang ade mesti akan buat dia tak bosan atau tak keruan study. Haha. Ala-ala belajar sambil melancong. Belum masuk bab shoping tuu. Oversea sangat!

Pinggan mangkuk murah tanpa cukai, belum masuk gambar cokelats agi ni..haha

Pohon nyiur di persisir Pantai Chenang

Cik helang batu at Dataran Lang


4) Dapat dua sijil

Seperti nama kos yang di nyatakan kat atas, adik saya dapat program sijil Culinary Art Joint Certificate With Taylor's University (CCA). Maknanya, lepas je habis pengajian dan practical, dia kan dianugerahkan dengan dua sijil. Satu Sijil Kolej Komuniti (SKK) dan satu lagi sijil daripada Taylor's university. So, advantage lah kalau amek sijil kulinari kat LTA ni berbanding Kolej Komuniti lain. LTA ni satu satunya kolej komuniti yang menawarkan sijil ni dan hanya beberape Kolej Komuniti je yang menawarkan Sijil Kulinari.

5) Yuran murah!

Yup! yuran kolej komuniti memang sedie maklum lah, murah teramat berbanding kolej swasta. Alhamdulillah dalam family takde yang amik ptptn atau pinjaman untuk belajar. Kolej swasta ni mahalnye Allah yang tau. Satu sem/rm4000 bandingkan dengan kolej komuniti rm200 sahaje, Huhu, kalau boleh elakkanlah berhutang ye. Biarlah kite belajar ni tanpa hutang. Nati lepas kerja nak kena hutang lagi, beli kereta, beli rumah. Serabut hutang sani sini. Yang paling penting, bukan saje murah, elaun pon ada, RM300 setiap bulan. So total akan dapat rm4800. Elaun ni lagi banyak dari giat mara atau matrik di Kolej Mara. Marilah kita berhuhu...

6) Ada Asrama!

Untuk pengetahuan korang, kolej komuniti tidak menyediakan perkhidmatan asrama. Tapi, ada beberapa kolej komuniti yang sediakn asrama antarenye,  KK Gerik, KK Paya Besar, KK Rompin, KK Jelebu, KK Segamat 2, dan....Langkawi Tourism Academy!

Kemudahan asrama yang osem dan selesa

Gambar gambar ni semua update lepas balik mendaftar aritu.. memang teruja sangat adik saya sorang ni. moga moga berjaya mencapai cita-cita dan menjadi orang berguna. Insyallah. Amin :)


Slogan Kolej Komuniti: Tidak kisah di mana anda bermula, yang penting di mana anda berakhir!!

8 comments:

  1. Boleh call atau SMS tak?0132076080.saya nak tahu secara detail.kalau tak misscall aje.saya akan call balik.

    ReplyDelete
  2. Boleh call atau SMS tak?0132076080.saya nak tahu secara detail.kalau tak misscall aje.saya akan call balik.

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum kak, saya nak tanya, saya ditawarkan untuk certificate in food and beverage service, boleh ke kalau tukar kepada certificate in culinary arts?? tolong balas secepat mungkin ya kak terima kasih :)

    ReplyDelete
  4. Saya dpt certificate in food and beverage servive.....adakah LTA BAGUS UNTUK MASA DPT SAYA

    ReplyDelete
  5. Sy nak no tel blh? Supaya blh bertanya dgn lebih jelas

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum.. Sis sy Nk tnya, blh ke klau sy nk tukar aliran..sbb sy dpt kk dkt melaka bhagian pngoprasi prniagaan..tpi sy kurang brminat..bhagian kulinari lgi sy minat..blh pm sy tk sis? 0145372069(SYAFIKAH)

    ReplyDelete
  7. Thanks and that i have a dandy give: When Home Renovation house renos

    ReplyDelete