Popular Posts

Thursday, 18 June 2015

7 Tempat menarik di Semenyih

Hai! Assalamualaikum wa rahmatullahi wa barokatuh wa maghfiratu wa ridhwanu...

Saje rajin nak share tempat-tempat yang boleh dilawati kat Semenyih @ Hulu Langat ni. Semenyih dahulu tidak di kenali namum sekarang semakin familiar di kalangan rakyat Malaysia. Selain kes helikopter terhempas di Semenyih, populariti Semenyih semakin melonjak dengan tempat-tempat menarik yang terdapat di sini.grin emoticon

1) Broga hill, untuk yang nak test power boleh la try broga, kalau semput kene banyak training lagilah kasi up stamina sebab bukit broga ni tak tinggi mane pon, nak tinggi lagi sambung panjat sampai Gunung Tok Wan (sini yang kes orang sesat).

Broga hill, pemandangan dari atas puncak


sini puncak terakhir broga, atas lagi masuk Gunung Tok Wan

Track hiking di atas bukit berbatu

2) Setia Eco hill, recration park yg baru bukak dekat setia eco park, kecik je tapi nice kalau nak duduk duduk, jogging dll. track dy keliling bukit kecik ala-ala dlm running man tuu. Kat atas ni ada tempat nk buat bar. Untuk penggemar workout dan kesadoan memang ngam lah.

Petunjuk arah

                                         
Setia eco hill yang berketinggian 92.1m dari aras laut, xtinggi pon tapi kat atas ni angin sejuk

Bergambar kat pokok batu ni

3) Semenyih Eco-venture recreation park, ni port baik punya untuk aktiviti extrim, team building, paintball, aktiviti air, family bersantai pon bole, ad macam macam. cuma location dia depan Nirvana memorial hill (nama mcm sedap tapi sabenarnye jirat cina).

boleh zoom zoom tengok kat website dia: http://www.semenyihecoventure.com/

4)Sungai Tekala, air terjun yang boleh tahan osem, lepas penat berpeluh belengaih turun broga boleh terjun sini sejukkan badan.

sungai tekala, rm1 per entry tapi tutup buat masa sekarang di sebabkan kes kencing tikus.

5) Sungai gabai, jalan straight lagi jumpa sg gabai ni. siap sedia nk mendaki tangga tinggi ya amat. ada port nak gelongsor atas batu!

Sungai Gabai, Port gelongsor ala-ala sunway lagoon setelah penat mendaki tangga


6) Semenyih Dam, kalau nk mancing area sini memang penuh port mancing. permandangan cantik dan menenangkan.

Semenyih Dam

Pemandangan yang cantik, mother nature gitu

7) Tasik semenyih, kt sini pon ada tasik port lepak-lepak, nak event birthday ke, bekelah ke, satu jalan dengan broga, dekat dengan golf club, kat sini jugak ada tempat kalau teringin nak try main golf rm10 utk 100 biji/pukulan (if im not mistaken, dah lupa)

Tasik semenyih, ok lah..not bad

banyak lagi tempat menarik kat kajang ni, tapi kat sini saya cerite yang dekat dengan semenyih, tak sampai setengah jam da boleh sampai tempat- tempat ni. yang lain-lain air terjun n kolam air panas banyak kat Hulu Langat.. Selamat datang!!

3 comments:

  1. Kolam air panas kat semenyih pun ada. Berdekatan sungai tekala. Selepas nirvana memorial park

    ReplyDelete
  2. Ostrich Farm pun ada jalan nak ke Sg Tekala tu.

    ReplyDelete